The right of reply

Enough is enough. People who proclaim to fight for freedom of expression and free media but censors other's legitimate reply based on their whims and fancy, must realise that on the internet, they cannot suppress peoples' legitimate right to reply and express contrarian views. This blog welcomes all views. ~ Ellese

Muzakarah ulama’s position

Leave a comment

Courtesy of Helen Ang but I want to keep this for the record.

Berikut adalah kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung serbuan Jais:

1. Muzakarah khas jawatankuasa fatwa majlis kebangsaan bagi hal ehwal ugama Islam yang bersidang pada 15 Januari 2014 memandang serius dan amat kecewa apabila para ulama dilempar dengan kata-kata kesat dan diperlekehkan hanya kerana pandangan atau hukum yang dikeluarkan tidak memenuhi kehendak atau memihak kepada golongan tertentu. Sikap tidak menghormati pemimpin (umara) semakin menjadi-jadi seolah satu trend dan budaya masyarakat Islam di Malaysia sejak akhir-akhir ini.

2. Muzakarah juga mengingatkan seluruh umat Islam dan juga bukan Islam bahawa apabila sikap saling hormat-menghormati semakin terhakis, ulama serta umara dicela dan tidak dihormati maka bibit-bibit pergolakan akan mula dirasai. Kita tidak mahu pergolakan dan pertumpahan darah yang berlaku di sesetengah negara berlaku di negara kita Malaysia.

3. Muzakarah meminta seluruh umat Islam supaya sentiasa menjaga keharmonian dan kedaulatan negara kerana Islam mewajibkan seluruh umat Islam agar bersatu dengan mentaati Allah, Rasul dan pemimpin yang dilantik secara sah oleh rakyat. Perbuatan mencela pemimpin kerana tidak berpuas hati dengan keputusan atau tindakan kerajaan tidak boleh dipandang remeh kerana ia akan menimbulkan fitnah, kekacauan dan mengganggu kestabilan sesebuah negara.

4. Islam membenarkan setiap rakyat untuk menasihati pemimpin namun tanggungjawab amar ma’ruf nahi munkar tersebut perlu dilakukan mengikut adab dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Islam.

5. Muzakarah juga menasihatkan para pemimpin supaya sentiasa sensitif terhadap kemaslahatan rakyat kerana dalam kaedah fiqh iaitu keputusan pemimpin adalah bergantung kepada kemaslahatan rakyat. Pemerintah perlu menggunakan segala kebijaksanaan dan hikmah dalam menangani apa juga isu yang berlaku.

6. Muzakarah khas pada hari ini juga menyokong tindakan yang telah dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam menangani isu penggunaan kalimah Allah. Tindakan serbuan yang dilakukan adalah selaras dengan peruntukan undang-undang dan titah Tuanku Sultan Selangor, dan buku-buku yang dirampas tidak perlu dipulangkan.

7. Muzakarah juga kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang cuba mempolemikkan isu-isu sensitif seperti tindakan Jais dalam menguatkuasakan fatwa penggunaan kalimah Allah dan menjadikan agama sebagai umpan politik. Muzakarah menyeru seluruh umat Islam supaya menghentikan tindak tanduk seumpama ini demi menjaga kedaulatan agama, perpaduan ummah dan keamanan negara.

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140117/dn_02/Majlis-Fatwa-Kebangsaan-sokong-tindakan-JAIS

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s